Kepentingan ICT Dalam Membudayakannya Di kalangan Jururawat
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…,
Pada zaman ledakan maklumat ini,
pengetahuan dan kemahiran serta kepakaran dalam menguasai ilmu ICT amat perlu dititikberatkan dalam
usaha melahirkan dan meningkatkan mutu kerjaya sebagai jururawat yang berhemah
tinggi di pandangan mata masyarakat dunia. Melalui ICT pelbagai bentuk data dan maklumat berkaitan ilmu perubatan dapat disampaikan dengan mudah,
cepat, tepat dan berkesan. Selain itu, penggunaan ICT sebagai alat komunikasi
merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Dengan
adanya kemahiran ini, maka ia memudahkan dan melancarkan seseorang jururawat menjalankan rutin
tugasan harian dalam penjagaan pesakit.
Keperluan terhadap penggunaan ICT
di dalam bidang kerjaya kejururawatan dapat meningkatkan taraf dan menaikkan
nama sesebuah institusi perubatan itu
sendiri.Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti perubatan
bertaraf dunia, ICT menjadi pemangkin kepada perkembangan di dalam perubatan bertaraf
dunia dan berdaya saing yang menjadi impian kerajaan Malaysia. Oleh itu, untuk
mencapai matlamat ini, jururawat juga
memainkan peranan penting bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang ICT sejajar dengan perkembangan semasa dimana setiap jururawat perlu
menambahbaik ilmu agar dapat memastikan
semua jururawat di Malaysia mempunyai pengetahuaan dan kemahiran ICT .Pelbagai cara boleh dilakukan oleh pihak pengurusan
kejururawatan bagi membantu menjayakan
matlamat ini dimana setiap jururawat akan mengikuti kursus khas dalam
mempelajari bidang ICT secara berterusan atau berperingkat.
Banyak pihak sepatutnya memainkan
peranan masing-masing untuk menaikkan taraf institusi sesebuah perubatan.Pihak
pengurusan dan pentadbiran hospital tidak terkecuali dimana mereka perlu
menyediakan atau mengadakan latihan, program atau kursus untuk para-para jururawat dan juga haruslah menyediakan kemudahan
peralatan yang mencukupi dan mengikuti peredaran masa bagi memastikan proses rawatan dan jagarawatan berjalan lancar,cekap
dan teratur di samping dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan
iaitu pesakit. Latihan,kursus dan program atau seminar yang berterusan amat diperlukan untuk setiap jururawat bagi memantapkan diri
seiring dengan perkembangan peralatan teknologi yang terdapat di hospital kini. Selain
tertumpu pada proses rawatan pesakit,pihak pengurusan juga bertanggungjawab
memberi pelepasan dan kelulusan kepada para
jururawat untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana sistem pendidikan
sekarang banyak didedahkan dengan penggunaan ICT. Di samping itu,ilmu bidang teknologi dan
inovasi ini dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran ICT dikalangan mereka. Selain
itu, sifat kendiri dan semangat belajar juga harus diterapkan
di dalam diri setiap jururawat bagi mempertingkatkan mutu kerjaya dan menaikkan
martabat profesion kejururawatan.
Nama:-Khaizuran Binti Khalid.
No.Matrik: A 134863
Program Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (Part Time)
Tahun 2 Semester 2 (2011/2012)
pengetahuan ICT bagi jururawat amat penting. saya seteju dengan pendapat awak khaizuran
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat anda dimana banyak pihak perlu memainkan peranan dalam memantapkan lagi kemahiran ICT dikalangan jururawat bagi menaikan lagi nama institusi terlubat. Jururawat juga perlu cepat merebut peluang yang disediakan seiring dengan perkembangan semasa.
ReplyDeleteDi era serba canggih dan moden ini jururawat juga perlu memperlengkapkan diri dengan kemahiran ICT supaya kita tidak jauh ketinggalan daripda bidang profesion lain.Selain itu ianya dapat menaikkan lagi taraf kerjaya jururawat di mata masyarakat bukan hanya cekap dalam memberi perawatan malah bidang IT juga
ReplyDeleteSebagai seorang jururawat di zaman ini, kemahiran ICT memainkan peranan penting dalam mengendalikan peralatan yang sebakin moden dan dengan kemahiran ini juga kita dapat mempertingkatkan lagi ilmu untuk mengetahui seseatu dengan lebih mendalam lagi.
ReplyDeletePenggunaan ICT pada masa kini dikalangan jururawat memainkan peranan yang penting kerana ianya dapat membantu jururawat untuk melakukan jagarawatan keatas pesakit dengan lebih efisien dan selamat.
ReplyDeleteKeperluan terhadap penggunaan ICT di dalam bidang kerjaya kejururawatan dapat meningkatkan taraf dan menaikkan nama sesebuah institusi perubatan itu sendiri.Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti perubatan bertaraf dunia, ICT menjadi pemangkin kepada perkembangan di dalam perubatan bertaraf dunia dan berdaya saing yang menjadi impian kerajaan Malaysia
ReplyDeleteSaya amat bersetuju bahawa membudayakan ICT di kalangan jururawat adalah satu keperluan di dalam memantapkan kualiti perkhidmatan kejururawatan di mana memerlukan kemahiran serta kepakaran khas di dalam bidang tersebut.Kita perlu bergabung tenaga dalam mencetuskan idea-idea untuk melakukan penambahbaikan demi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi melalui bidang kepakaran menerusi kemudahan-kemudahan yang seba canggih dan moden yang boleh menjimatkan masa dan beban kerja jururawat.
ReplyDeleteSITI ROKIAH YUSOF ( A134816 )
Sangat bersetuju dengan kenyataan di atas, di mana penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang kesihatan amatlah penting sebagai medium dalam memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pesakit, khasnya dan rakyat di Malaysia, umumnya. Penggunaan ICT juga dapat mempercepatkan proses kerja serta mampu membina satu standard kualiti yang terkawal dan secara tidak langsung ICT adalah sebagai alat pemangkin di dalam jagarawatan yang berkesan sejajar dengan Visi Jururawat iaitu:
ReplyDelete“Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperoleh, berteknologi dan sesuai dengan persekitaran.
Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu kehidupan.”
NOR RINA MAHAWAR (A 134817)
saya juga amat bersetuju dengan kenyataan diatas, penggunaan ICT adalah penting dalam mempercepatkan proses kerja dan meningkatkan mutu kerja jururawat.
ReplyDeleteHaslina Mohamed Nor
A134850
Nampaknya semakin ramai antara kita yang telah memahami kepentingan IT yang sebenarnya. oleh itu kita harus mengambil peluang ini untuk lebih menerokai alam siber yang kian mencabar ini agar ianya dapat membantu dalam perjalanan tugas kita sebagai seorang jururawat yang profesional.
ReplyDeletekeperluan ICT amat diperlukan dalam bidang kejururawatan untuk meningkatkan kemahiran dalam kerjaya sebagai seorang jururawat.
ReplyDeleteaya juga amat bersetuju dengan kenyataan diatas, penggunaan ICT adalah penting dalam mempercepatkan proses kerja dan meningkatkan mutu kerja jururawat
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan pendapat anda dengan adanya kemudahan IT kita dapat mengakses internet dengan lebih cepat dan mudah. Kita boleh menjadi pengguna yang celik IT apabila dengan sendirinya kita akan cuba untuk explore apabila ingin mencari sesuatu maklumat yang dikehendaki. Semakin lama generasi yang akan datang seperti anak-anak juga akan cuba untuk menjadi seorang yang celik IT apabila melihat kita yang sentiasa mengakses internet.
ReplyDeleteSeseorang jururawat dapat merangka perawatan yang berkesan dan berterusan bagi membawa perubahan dinamik dalam penjagaan dan perawatan pesakit. Kelebihan internet secara berterusan dapat membantu jururawat dalam melancarkan proses jagarawatan pesakit melalui pelbagai perkara contohnya dari segi perawatan,ubat-ubatan,penjagaan rawatan pesakit dirumah,rawatan susulan,keselamatan pesakit di wad dan dirumah.Dengan adanya internet berterusan di dalam bidang kejururawatan ini dapat meningkatkan pendidikan jururawat dalam memberi perkhidmatan terbaik bagi pesakit-pesakit.
ReplyDeleteSaya setuju dengan pendapat anda.. Dalam memberikan rawatan terbaik kepada pelanggan sesebuah hospital, pihak pentadbir perlu memainkan peranan yang penting didalam menggalakkan kakitangan untuk menopoli bidang IT agar menjadi rutin dalam tugasan harian.
ReplyDeletePenggunaan ict didalam bidang kejururawatan ini bkn sahaja dapat melahirkan jururawat yang bermutu malah lebih efisyen dlm kerjaya.
ReplyDeletePADA PENDAPAT SAYA PULA, PEMBANGUNAN GLOBAL YANG SEIRING DENGAN KEMAJUAN TEKNOLOGI YANG MENDADAK BUKAN SAHAJA DAPAT MENDORONG DAN MEMARTABATKAN KEBOLEHAN JURURAWAT, TETAPI IA JUGA DAPAT MENINGKATKAN HUBUNGAN YANG BAIK DARI SEGI KOMUNIKASI DAN PERAWATAN YANG CEKAP DAN CEPAT KEPADA PESAKIT-PESAKIT DI SAMPING PENGGUNAAN IT TERSEBUT SEBAGAI GARIS PANDUAN KERJAYA.
ReplyDeleteNURUL AINIL AKMAL
A134820
Tidak dapat dinafikan lagi ICT memainkan peranan penting kepada jururawat di era ini.Seiring dengan perubahan dan kemajuan dalam bidang perubatan.Jururawat perlu mahir dalam penggunaan IT supaya dapat memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit dan client.Jururawat di era ini juga perlu kreatif dan inovatif seiring dengan era modenisasi.
ReplyDeleteSaya menyokong seratus peratus kenyataan yang diberian oleh anda kerana di zaman globalisasi kini.ICT memainkan peranan penting dalam rutin tugasan harian dan kita perlu berdaya saing untuk memajukan diri dalam penggunaan ICT.
ReplyDeletePenggunaan ICT amatlah penting pada masa kini kerana ia membantu melancarkan tugasan harian terutama di dalam bidang kejururawatan dengan memudahkan pencarian maklumat berkaitan pesakit dalam proses rawatan jagarawatan dengan cekap dan tepat.
ReplyDelete